Tuesday, August 20, 2019

GRAPHIC CARD
pengertian vga card adalah

  • Kad grafik (graphic card) adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan yang didatangkan dalam bentuk PCI-express. Selain tu, ia juga didatangkan dalam bentuk built-in iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Kad grafik jenis ini umumnya dipanggil video controller ataupun graphic controller.
  • Fungsinya ialah untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara yang perlu diambil kira ialah kelajuan jam teras (core clock frequency) yang dinyatakan dalam unit megahertz (MHz) dan anda perlu tahu 'pipelines' (penjana laluan) yang dinyatakan dalam unit pixel.
    Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan 'pipelines', semakin berkuasalah kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 'pipelines' pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 'pipelines' pada 500MHz.

No comments:

Post a Comment